Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Korea Selatan gantung siaran pembesar suara di kawasan sempadan

    SEOUL, 11 JUN – Tentera Korea Selatan hari ini menggantung siaran propaganda menggunakan pembesar suara di sepanjang sempadan dengan Korea Utara, di tengah jangkaan kerajaan baharu berusaha memperbaiki hubungan dengan Pyongyang, lapor agensi berita Yonhap.

    Penggantungan itu dibuat setahun selepas tentera Korea Selatan menyambung semula siaran propaganda itu pada Jun tahun lalu sebagai tindak balas terhadap pelancaran berulang belon berisi sampah oleh Korea Utara ke seberang sempadan.

    “Keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada usaha untuk melaksanakan janji dalam memulihkan kepercayaan antara Korea dan keamanan di Semenanjung Korea,” kata seorang pegawai Ketua Turus Bersama (JCS).

    Presiden Lee Jae-myung yang memegang jawatan minggu lalu, berjanji untuk menggantung kempen risalah anti-Pyongyang dan siaran pembesar suara terhadap Korea Utara ketika beliau berusaha memperbaiki hubungan antara Korea. – Bernama

    Gambar ini menunjukkan Labubu hijau pudina yang unik (kiri) dan Labubu edisi terhad berwarna perang yang di lelong di Beijing, China pada 11 Jun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda