Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera laut India sedia hadapi taufan Fani

    NEW DELHI, 30 April – Angkatan Tentera Laut India bersiap sedia berdepan ancaman taufan Fani yang diramal melanda Teluk Bengal, lapor agensi berita Xinhua. Taufan itu diramal melanda barat daya Teluk Bengal, kira-kira 770 km tenggara selatan bandar Chennai, memetik sumber rasmi hari ini.

    Kapal Tentera Laut India di bandar pesisir selatan Visakhapatnam dan Chennai telah membuat persiapan bagi memastikan proses penyaluran bantuan kemanusiaan berjalan lancar ke kawasan yang mungkin teruk terjejas.

    Kapal-kapal itu dilengkapi dengan pasukan penyelam tambahan, doktor, bot getah serta makanan, khemah, pakaian, ubat-ubatan dan selimut. Selain itu, pesawat tentera udara di kem INS Rajali di Arakkonam di selatan Tamilnadu dan INS Dega di Visakhapatnam di selatan negeri Andhra Pradesh turut diarahkan bersiap siaga untuk berdepan sebarang kemungkinan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda