Wednesday, January 22, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera laut India selamatkan 17 kru kapal kargo, tahan 35 lanun

    NEW DELHI, 17 MAC – Tentera Laut India berjaya menyelamatkan 17 kru kapal kargo pukal MV Ruen dan menahan kesemua 35 lanun yang merampas kapal itu.   

    Kapal pembinasa INS Kolkata memintas kapal kargo itu di perairan antarabangsa 2,600 kilometer dari pantai India pada hari Jumaat.

    INS Kolkata dibantu pesawat peronda tentera laut P81, sebuah pesawat kawalan jauh yang boleh terbang dalam jarak jauh pada altitud tinggi dan kapal peronda INS Subhadra semasa operasi itu.  

    Anggota komando marin turut diturunkan dari udara menggunakan pesawat pengangkut C-17.

    Tentera laut berkata menerusi usaha bersama, ia ‘mengasak’ dan ‘memaksa’ kesemua lanun menyerah diri dan membawa keluar kru yang tidak diapa-apakan.

    Kapal dagang yang berdaftar di Malta itu dirampas lanun pada 14 Dis lepas berhampiran Pulau Socotra, Yaman.  

    Tentera Laut India mengambil pendirian tegas bagi menyokong  sektor perkapalan di tengah-tengah ketengangan serantau. – Bernama

    Kelihatan lanun di atas kapal yang dirampas bekas MV Ruen, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda