Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Tentera Laut Iran lancar latihan ketenteraan pertama

    TEHRAN, 22 OGOS – Iran kelmarin mengadakan latihan ketenteraan pertama sejak tamat perang 12 hari dengan Israel, lapor televisyen kerajaan, dengan kapal tentera laut melancarkan peluru berpandu ke sasaran di Lautan Hindi dan Teluk Oman.
     
    Walaupun latihan sedemikian merupakan rutin di Republik Islam itu, namun latihan dinamakan Sustainable Power 1404 itu dijalankan ketika pihak berkuasa Iran sedang berusaha menonjolkan kekuatan selepas perang yang menyaksikan Israel memusnahkan sistem pertahanan udara, membedil kemudahan nuklear serta beberapa lokasi lain.
     
    Menurut laporan televisyen kerajaan, kapal frigat IRIS Sabalan dan kapal lebih kecil, IRIS Ganaveh, telah melancarkan peluru berpandu jelajah Nasir dan Qadir ke arah sasaran di laut dan berjaya mengenainya. Bateri pesisir pantai turut melepaskan tembakan sebagai sebahagian daripada latihan tersebut.
     
    Tentera laut Iran yang dianggarkan mempunyai sekitar 18,000 anggota jelasnya mengelak mana-mana serangan besar semasa perang pada Jun lalu.
     
    Tentera laut yang berpangkalan di Bandar Abbas itu menjalankan rondaan di Teluk Oman, Lautan Hindi dan Laut Caspian, manakala Teluk Parsi serta Selat Hormuz kebiasaannya menjadi kawasan operasi pasukan laut Pengawal Revolusi Iran. 
     
    Pasukan laut Pengawal Revolusi terkenal dengan tindakan merampas kapal Barat ketika kegagalan perjanjian nuklear 2015 Iran dengan kuasa dunia, selain kerap mengekori rapat kapal tentera laut Amerika Syarikat yang memasuki rantau berkenaan.
     
    Sejak berakhirnya perang itu, Iran semakin lantang menegaskan bahawa mereka bersedia menghadapi sebarang kemungkinan serangan baharu daripada Israel. – AP 
     
    Peluru berpandu ditembak dari sebuah kapal semasa latihan tentera laut Iran di Teluk Oman dan Lautan Hindi pada 21 Ogos. – AP

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Presiden Iran cadang pindah ibu negara akibat krisis air melampau

    TEHRAN, 20 NOV - Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, hari...

    Jepun dijangka sambung operasi loji nuklear terbesar di dunia

    TOKYO, 19 NOV – Jepun dijangka bakal memberi lampu...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...