COLOMBO, 16 OKT – Tentera Laut Sri Lanka merampas lebih 839 kilogram (kg) dadah semasa operasi khas di perairan selatan negara itu pada Selasa, kata pegawai dalam kenyataan media kelmarin.
Dadah berkenaan yang terdiri daripada 670kg kristal methamphetamine, 156kg heroin dan 12kg hasyis, dibungkus dalam 51 guni dan ditinggalkan di laut namun dapat dikesan oleh tentera laut dan dibawa ke Pelabuhan Perikanan Tangalle untuk pemeriksaan.
Menurut tentera laut, rampasan itu menyusuli operasi bersama selama beberapa hari oleh Markas Tentera Laut Timur dan Selatan.
Menurut pihak tentera laut, kerajaan kekal komited untuk membasmi ancaman dadah, yang menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan awam dan negara. – Bernama


