Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Laut Sri Lanka tangkap 6 penyeludup dadah

    COLOMBO, 3 April – Tentera Laut Sri Lanka hari ini telah menangkap enam warga India yang cuba untuk menyeludup 13.5 kilo heroin masuk ke semenanjung sempit laut yang memisahkan kedua-dua buah negara itu, menurut jurucakap.

    Suspek itu telah menyamar sebagai nelayan, kata jurucakap tentera laut Chaminda Walakuluge.

    “Penyeludup dadah beroperasi dengan menyamar sebagai nelayan,” Walakuluge memberitahu AFP. “Kami sedang dimaklumkan mengenai dadah yang bakal masuk.”

    Menurutnya tentera laut telah merampas sejumlah 130 kilo heroin dan kokain dan 2,140 kilo (4,708 paun) kanabis pada masa lalu dan menangkap kira-kira 19 warga India dalam tempoh yang sama.

    Pada 2014, Sri Lanka telah menjatuhkan hukuman mati ke atas lima nelayan India kerana menyeludup dadah, namun mereka telah dibebaskan kemudian atas tahanan India. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda