BANGKOK, 16 MEI – Serangan udara oleh tentera Myanmar ke atas sebuah klinik perubatan mencederakan kira-kira 20 orang di barat negeri Rakhine.
Pertempuran itu menggegarkan Rakhine sejak Tentera Arakan (AA) menyerang pasukan keselamatan pada November, menamatkan gencatan senjata yang sebahagian besarnya diadakan sejak rampasan kuasa junta tentera pada 2021.
Pejuang AA telah merampas wilayah, termasuk di sepanjang sempadan dengan India dan Bangladesh, memberi tekanan ke atas junta ketika ia bertempur dengan lawan di tempat lain di seluruh negara Asia Tenggara.
“Saya mendengar bunyi jet pejuang yang sangat kuat terbang malam tadi kemudian saya mendengar letupan sekitar tengah malam. Sebaik sahaja saya tahu ia adalah serangan udara, kami sekeluarga melarikan diri dari rumah kami dan bersembunyi di dalam hutan.
“Saya mendengar bahawa puluhan orang membabitkan pesakit luar, kakitangan perubatan dan penduduk kampung mengalami kecederaan,” kata seorang penduduk di kampung Wea Gyi Htaunt, berhampiran bandar Kyauktaw. – AFP
