Tentera nekad ‘hapuskan’ penentang

NAYPYIDAW, MYANMAR, 27 MAC – Junta Myanmar akan ‘menghapuskan’ penentang rampasan kuasa, menurut ketua tentera, Min Aung Hlaing hari ini ketika pihak tentera menunjukkan perpaduan sempena ulang tahun tindakan keras berdarah terhadap penentang demokrasi.

Myanmar dilanda huru-hara sejak rampasan kuasa pada Februari 2021, dengan lebih 1,700 orang telah dibunuh dalam tindakan keras terhadap penentang, menurut kumpulan pemerhati tempatan.

Menurut pejuang ‘People’s Defence Force’ Myanmar – kebiasaannya di lengkap dengan senjata buatan sendiri atau senjata asas – sering bertempur dengan tentera junta, dengan beberapa penganalisis memberitahu pihak tentera bergelut untuk memberi tindak balas efektif terhadap taktik serang dan lari mereka.

Pertempuran turut berlaku dengan lebih banyak kumpulan etnik di sempadan Thailand dan China.

Mempengerusikan perarakan tahunan dengan pertunjukan kereta kebal, peluru berpandu, artileri dan tentera menunggang kuda, Min Aung Hlaing memberitahu kira-kira 8,000 anggota keselamatan yang berkumpul bahawa pihak tentera tidak akan berputus asa.

Tentera tidak lagi akan ‘berunding dan menghapuskan kumpulan pejuang sehingga ke akhirnya’ yang cuba menggulingkan mereka, kata beliau menjelang Hari Perarakan Tentera di ibu kota Naypiyidaw.

Pesawat jet terbang dengan membawa bendera kebangsaan, sementara media negeri menunjukkan wanita-wanita beratur di jalan raya mengetuai perarakan untuk memberi bunga dan meletakkan kalungan kepada tentera yang berarak.

Di hab komersial Yangon, kira-kira satu dozen pembantah anti junta menyalakan saur dan melaungkan slogan, menurut rakaman yang dimuat naik di media sosial.

Dalam media sosial yang lain menyeru penduduk untuk menutup lampu di kediaman mereka dalam ‘bantahan tenaga’ kebangsaan malam pada hari ini. – AFP

Aset milik tentera Myanmar yang ditunjukkan semasa ulang tahun tindakan keras terhadap penentang demokrasi. Min Aung Hlaing berikrar ‘menghapuskan’ penentang rampasan kuasa. – AFP