Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Nigeria bebaskan 241 tebusan

    ABUJA, 29 MEI – Tentera Nigeria menyelamatkan seramai 241 tebusan yang diculik kumpulan pengganas Boko Haram di timur laut negara itu, kata seorang pegawai kelmarin, lapor agensi berita Anadolu.

    Jurucakap Kementerian Pertahanan John Enenche berkata sebelum itu pertempuran tercetus antara tentera dan Boko Haram di wilayah Gamboru, di negeri Borno. Tentera kemudian menyelamatkan 136 kanak-kanak dan 105 wanita.

    Seramai 14 anggota Boko Haram dineutralkan dan sejumlah besar peluru turut dirampas, katanya.

    Setakat ini, tiada anggota tentera dilaporkan cedera dan maklumat mengenai bila semua tebusan itu diculik tidak dapat dipastikan.

    Sejak 2009, Boko Haram sering melancarkan pemberontakan di timur laut Nigeria dan meluaskan kegiatan ganas mereka ke negara jiran, Niger, Chad dan Cameroon, menyebabkan tentera terpaksa bertindak balas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda