Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Nigeria patahkan rancangan Boko Haram

    NIAMEY, 5 MEI – Tentera Nigeria Ahad lalu menggagalkan serangan oleh pejuang Boko Haram di Diffa, bandar terbesar di barat daya negara itu, penduduk setempat dan sumber keselamatan memberitahu AFP.

    Kawasan di sekeliling Diffa, sebuah bandar yang mempunyai penduduk seramai 200,000 terletak di sempadan Nigeria, telah dilaporkan diserang oleh kumpulan itu, yang telah ditubuhkan di Nigeria pada tahun 2009.

    “Kami mendengar bunyi tembakan, terutama senjata berat, antara pukul 4:30 petang dan 7 malam di bahagian selatan bandar,” Lawan Boukar, penduduk setempat berkata hari ini.

    “Ia adalah cubaan penyusupan berani oleh Boko Haram, yang kemudiannya dipaksa kembali ke jambatan di Doutchi,” katanya, merujuk jambatan sempadan jauhnya kira-kira 30 kilometer.

    Seorang penduduk berkata penyerang ‘datang dari bahagian Nigeria pada lewat petang, apabila hampir waktu berbuka puasa – mereka dengan jelas berharap pasukan tentera untuk tidak menyedari perkara ini.”

    Sumber keselamatan mengesahkan serangan tanpa memberikan sebarang butiran. Menteri pertahanan, yang dihubungi AFP, berkata mereka akan mengeluarkan kenyataan nanti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda