Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera rampas semula kawasan pemberontak

    BEIRUT, 9 Jan – Pasukan tentera kerajaan Syria semalam berjaya menawan 14 buah kampung sebagai yang terbaru di kawasan terbesar yang dikuasai pemberontak di utara negara itu di tengah-tengah gelombang serangan udara.

    Tentera kerajaan Syria dan sekutunya telah melancarkan serangan sejak hujung Oktober di wilayah Hama dan Idlib, menawan hampir 100 buah kampung dari kumpulan pemberontak, termasuk dari Jawatankuasa Pembebasan Levant yang berkaitan Al-Qaeda. Serangan itu bertambah kuat semasa Krismas selepas bantuan dibawa dari bahagian lain di Syria. Matlamat utama tentera adalah untuk mencapai ke pangkalan udara Abu Zuhour yang dikawal pemberontak dan melindungi jalan yang menghubungkan ibu negara Damsyik dengan bandar terbesar di utara Syria, Aleppo. Pemberontak menawan Abu Zuhour pada 2015 selepas pengepungan selama tiga tahun.

    Media Pusat Ketenteraan Syria yang dikawal kerajaan mengatakan kampung-kampung yang baru ditawan termasuk Freija, Jahman, Dawoudiyeh dan Jub al-Qassab, membawa tentera lebih dekat ke pangkalan udara itu. SCMM dan Balai Cerap Syria yang berpangkalan di Britain bagi Hak Asasi Manusia mengesahkan bahawa 14 buah kampung telah ditawan sejak beberapa jam yang lalu.

    Sementara itu, kementerian Pertahanan Rusia mengatakan pangkalan udaranya dan stesen angkatan laut di Syria barat telah melancarkan sekurang-kurangnya 13 serangan percubaan menggunakan dron sejak Sabtu.

    Kementerian mengatakan tiga buah dron bersenjata telah mendarat di luar pangkalan, manakala yang lain meletup akibat terhempas, dan tujuh dron lagi ditembak jatuh. – AP

    Gambar pada 7 Januari 2018 serahan Helmet Putih Pertahanan Awam Syria memadamkan api kebakaran akibat serangan udara yang menyasarkan pejabat kumpulan pemberontak Ajnad al-Koukaz di Idlib, Syria. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda