LYMAN, UKRAINE, 4 OKT – Mayat askar Rusia bergelimpangan di jalan-jalan bandar utama di timur Ukraine pada Selasa berikutan pengunduran rakan seperjuangan mereka yang menandakan kekalahan terbaharu bagi Moscow walaupun dewan atasan parlimen Rusia mengesahkan penaklukan ke atas wilayah Ukraine pada Selasa.
Tentera Rusia berundur dari Lyman pada hujung minggu untuk mengelak daripada dikepung oleh tentera Ukraine. Pembebasan bandar itu memberi Ukraine satu sudut pandangan penting untuk melancarkan serangan lebih dalam ke wilayah yang dikuasai Rusia.
Tentera Ukraine mengumpul mayat rakan se-perjuangan mereka selepas pertempuran sengit untuk mengawal Lyman, hab logistik dan pengangkutan utama, tetapi tidak segera mengeluarkan mayat tentera Rusia.
“Kami berjuang untuk tanah kami, untuk anak-anak kami, supaya rakyat kami boleh hidup lebih baik, tetapi semua ini datang pada harga yang sangat tinggi,” kata seorang askar Ukraine yang menggunakan nama de guerre Rud. – AP
