Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Tentera Sri Lanka dikerah kawal rusuhan kehabisan petrol

    COLOMBO, 19 JUN – Tentera Sri Lanka melepaskan tembakan bagi membendung rusuhan di sebuah stesen minyak, menurut kenyataan pegawai kelmarin ketika kereta beratur panjang untuk mendapatkan petrol dan diesel dilihat di seluruh negara muflis tersebut.

    Tentera berkenaan melepaskan tembakan di Visuvamadu, 365km di utara Colombo, pada malam kelmarin ketika pusat kawalan diserang dengan batu, kata jurucakap tentera, Nilantha Premaratne.

    “Sekumpulan mengandungi 20 hingga 30 orang membaling batu dan merosakkan sebuah trak tentera,” kata Premaratne kepada AFP.

    Sementara itu, polis berkata, empat orang awam dan tiga tentera cedera apabila tentera melepaskan tembakan buat kali pertama bagi meredakan kekacauan yang dikaitkan dengan krisis ekonomi yang semakin meruncing.

    Sebaik sahaja pam kehabisan petrol, pemandu kenderaan mula melakukan bantahan dan keadaan berubah menjadi pertempuran dengan tentera, lapor polis.

    Sri Lanka mengalami krisis ekonomi terburuk sejak kemerdekaan, dengan negara itu tidak dapat mencari modal untuk mengimport barangan keperluan, termasuk makanan, bahan api serta ubat-ubatan.

    Seramai 22 juta orang penduduk Sri Lanka telah mengalami kekurangan bekalan yang teruk dan beratur panjang bagi bekalan yang terhad.

    Manakala itu, Presiden Gotabaya Rajapaksa, selama berbulan-bulan telah menolak gesaan daripada berundur mengenai salah urus pentadbiran.

    Sri Lanka kini telah mengerahkan polis bersenjata dan tentera untuk mengawal semua stesen minyak. – AFP

    Seorang anggota keselamatan Sri Lanka berkawal ketika stesen minyak kehabisan petrol di Colombo kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...