KUCHING, 21 JUN – Pasukan ‘Combat Medic Vaccination Team’ (CMVT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menerbangkan vaksin COVID-19 ke kawasan pedalaman di Ba’kelalan, Limbang, kira-kira 1,081 kilometer dari sini dalam usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Markas 1 Divisyen Infantri dalam kenyataan hari ini memaklumkan pasukan yang terdiri daripada dua pegawai perubatan dan tujuh anggota paramedik