Friday, September 20, 2024
27.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera Turkiye bunuh ketua IS di Syria

    ANKARA, 1 MEI — Tentera Turkiye telah membunuh ketua kumpulan Islamic State (IS) semasa operasi di Syria, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan kelmarin.

    Erdogan memberitahu televisyen TRT Turk dalam satu temu bual bahawa pemimpin IS, dengan nama kod Abu Hussein al-Qurayshi, terbunuh dalam serangan yang dilancarkan pada Sabtu.

    Erdogan berkata agensi perisikan Turkiye, MIT, telah mengekorinya ‘untuk masa yang lama’.

    “Kami akan meneruskan perjuangan kami menentang organisasi pengganas tanpa mendiskriminasi mana-mana daripada mereka,” kata Erdogan dalam temu bual itu.

    Seorang anggota polis tentera pembangkang Syria yang disokong Turkiye memberitahu The Associated Press bahawa MIT bertempur dengan militan IS di sebuah ladang di kampung Miska di wilayah Aleppo lewat malam Jumaat. Ketika pertempuran semakin sengit, Al-Qurayshi, yang bersembunyi di sebuah bangunan di ladang, meletupkan dirinya. Penyiasat sedang mencari tempat persembunyian untuk mendapatkan bukti dan maklumat lain.

    Syrian Observatory for Human Rights, pemantau perang yang berpangkalan di Britain menambah bahawa dron Turkiye terbang di atas kawasan itu, ketika kumpulan pembangkang Syria yang disokong Turkiye menutup jalan menuju ke kawasan di mana pertempuran berlaku.

    Tiada pengesahan segera daripada kumpulan IS diberikan susulan kejadian itu. – AP

    Erdogan memberi ucapan semasa perhim-punan kempen pilihan raya di Ankara, baru-baru ini. – AP06
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda