GAZA, PALESTIN, 29 OGOS – Tentera udara Israel menyerang dua lokasi di Gaza hari ini, menurut pihak tentera, selepas penduduk Gaza bertempur dengan pasukan tentera di sempadan dan melancarkan belon api ke selatan Israel.
Serangan terbaharu berlaku ketika Israel dan Mesir terus melonggarkan sekatan perdagangan dan perjalanan yang dikenakan di Semenanjung Gaza, yang sebahagian besar ditutup oleh kedua-dua negara sejak gerakan Islam Hamas merampas wilayah Palestin pada tahun 2007.
“Jet tempur Israel menyerang sebuah markas tentera Hamas yang digunakan untuk pembuatan senjata dan latihan serta pintu masuk ke terowong pejuang yang berdekatan Jabalia,” kata tentera Israel.
“Serangan itu sebagai tindak balas Hamas kerana melancarkan balon api ke wilayah Israel dan rusuhan ganas yang berlaku semalam,” katanya dalam satu kenyataan.
Tentera mengatakan kedua-dua insiden itu adalah ‘contoh bagaimana Hamas terus menggunakan taktik pengganas dan menyasarkan orang awam’.
Tidak ada laporan dari Semenanjung Gaza mengenai korban jiwa yang disebabkan oleh serangan tentera Israel tersebut. – AFP