Sunday, December 29, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    TEPCO tingkat usaha nyahaktif loji Fukushima

    TOKYO, 27 DIS – Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO), pengendali loji nuklear Fukushima, kelmarin mengumumkan akan memulakan peringkat kedua operasi mencabar untuk mengumpul sampel sisa radioaktif di tapak tersebut pada musim bunga ini.

    Sebanyak 880 tan bahan berbahaya masih berada di tapak Fukushima, 13 tahun selepas tsunami besar yang dicetuskan oleh gempa bumi pada kekuatan 9.0 magnitud menyebabkan salah satu bencana nuklear paling dahsyat dalam sejarah.

    Penghapusan sisa radioaktif dianggap sebagai cabaran terbesar dalam projek nyahaktif loji yang dijangka mengambil masa puluhan tahun kerana tahap radiasi yang terlalu tinggi dan membahayakan.

    Bulan lalu, TEPCO berjaya menyelesaikan operasi percubaan penghapusan sisa menggunakan alat teleskopik khas yang boleh dilanjutkan. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda