Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Tepis stereotaip negatif tugas penjaga warga emas

    Oleh Premraj Singh

    KUALA LUMPUR – “Kamu masih muda, mengapa kamu berada dalam industri penjagaan warga emas?”

    Ramai orang dewasa bertanya kepada saya soalan sebegini kerana saya selalunya menjadi peserta atau ahli komiti termuda di acara-acara, seminar dan bengkel berkaitan penjagaan yang dianjurkan oleh Masoc Care di kawasan saya.

    Tidak sukar untuk mengenali orang muda di kalangan warga emas, dan ia lebih mudah dikenali apabila orang muda itu berdiri di atas pentas.

    Kebiasaannya, hanya mereka yang hampir menjejak umur persaraan atau mereka yang memerlukan penjagaan warga emas akan datang ke acara-acara seperti ini untuk belajar; golongan muda yang mampu mengejar karier yang bermakna, menguntungkan dan memberi impak kepada penjagaan warga emas jarang menghadirinya.

    Ini kerana stereotaip yang sudah sebati dalam budaya Malaysia yang mana penjagaan warga emas diselubungi stereotaip negatif yang sering dijauhi oleh golongan belia.

    Premraj Singh (kanan) bersama Duta Masoc Care, Victor Ku semasa acara kesedaran penjagaan warga emas pada Mac lalu.- Gambar Masoc Care

    Malahan ibu bapa, yang bimbang dengan masa depan anak-anak mereka, selalu berkata bahawa industri penjagaan warga emas bukan prospek pekerjaan yang cerah.

    Kanak-kanak, rakan sebaya saya, yang terpengaruh dengan keputusan ibu bapa mereka sering menimbulkan prasangka terhadap industri ini, sehinggakan ia diawarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

    Ini menjadikan mental block dalam kalangan individu yang ingin bergerak ke hadapan.
    Jadi berbalik kepada soalan tadi, “Mengapa saya berada dalam industri penjagaan warga emas?”

    Saya belia berusia 17 tahun dan memutuskan untuk memberikan peluang kepada sesuatu yang baharu – bagi saya, jika saya tidak mencubanya, saya tidak akan mengetahui pengalaman itu.

    Saya bersedia untuk ‘menceburi sesuatu yang tidak pasti’ mengikut jejak mereka yang terkenal seperti Jack Ma, yang dianggap kurang siuman kerana ingin mencipta platform membeli-belah dalam talian pada 1980an. Dalam generasi di mana komputer sukar untuk didapati, membeli-belah dalam talian dilihat sebagai langkah yang kurang bijak. Namun, dia berjaya melihat masa hadapan, secara tepatnya 30 tahun kemudian. Hari ini, nama Jack Ma dikenali di seluruh dunia dan dia memiliki kekayaan dianggarkan bernilai AS$40 bilion.

    Mengikut jejak idola yang keluar daripada kebiasaan, saya juga ingin mengejar kerjaya dalam industri yang lain daripada kebiasaan bagi kebanyakan orang sebaya saya. Saya ingin meneroka jalan yang kurang dilalui.

    Hal ini akan menjadi lebih teguh dengan statistik yang mudah diakses dan trend besar-besaran industri penjagaan warga emas.

    Saya ingin menjadi seorang doktor. Kini, saya bukan setakat menjadi doktor, akan tetapi seorang doktor yang mampu menambah baik kehidupan warga emas yang kita sayangi di Malaysia. Saya ingin menjadi pakar geriatrik; jalan yang kurang dilalui, dengan kurang 20 orang ahli geriatrik yang berkelayakan di Malaysia.

    Tetapi jalan ini mesti dilalui, terutamanya apabila saya merenung kehidupan bukan sahaja warga emas di Malaysia, tetapi orang tersayang saya sendiri yang semakin tua.

    Di Malaysia, penjagaan warga emas sudah mempunyai permintaan yang tinggi bukan sahaja warga tempatan malahan dari luar negara juga menghabiskan waktu persaraan mereka di sini. Ia terpulang kepada kami untuk mengisi kekosongan apabila menyebut mengenai penjagaan warga emas. Bagi belia yang meneroka industri ini, ia pasti berbaloi dan bermakna. – ANN/The Star

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...