BARCELONA, 30 Mei – Penjaga gol antarabangsa Jerman, Marc-Andre ter Stegen telah mengikat masa depannya dengan menyambung kontraknya bersama gergasi Catalan, Barcelona hingga tahun 2022 semalam.
“FC Barcelona telah mencapai persetujuan dengan Marc-Andre ter Stegen bagi menyambung dan memperbaiki kontraknya sehingga 30 Jun 2022,” menurut satu kenyataan dari Barcelona.
“Klausa belinya akan meningkat se-hingga 180 juta euro.”
Ter Stegen telah memenangi sembilan trofi dalam tiga musim sejak menyertai dari Borussia Moenchengladbach pada tahun 2014.

Bagaimanapun, selepas berkongsi posisi itu dengan Claudio Bravo dalam dua kempen pertamanya, pemain berusia 25 tahun itu telah mengukuhkan tempatnya sebagai penjaga gol nombor satu Barca sejak penjaga gol dari Chile itu menyertai Manchester City pada bulan Ogos lalu.
Memastikan masa depan Ter Stegen merupakan siri pembaruan kontrak berprofil tinggi di Camp Nou ketika Barca membuat persiapan bagi era baru selepas pemergian jurulatih Luis Enrique.
Neymar, Luis Suarez dan Ivan Rakitic sudah menandatangani kontrak jangka masa panjang, sementara Lionel Messi dijangka menjadi pemain bergaji mahal dunia dengan pembaruan mahal dijangka dibuat dalam beberapa minggu lagi. – AFP