
. BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Mac – Sempena Hari Kesihatan Mulut Sedunia 2018, hari ini, Jabatan Perkhidmatan Pergigian telah mengadakan beberapa aktiviti khusus bagi para pelajar sekolah swasta selama tiga hari di Pusat Pergigian Negara, Lapangan Terbang Lama Berakas.
Dengan tema sambutan ‘Katakan Ahh: Fikir Mulut, Fikir Kesihatan’ aktiviti itu telah disertai kira-kira 600 murid dari 10 buah sekolah swasta iaitu sekolah yang tidak diliputi dalam Perkhidmatan Pergigian Sekolah-sekolah. (Klik di sini untuk cerita lanjut)