Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terap maklumat, pencapaian SDG menerusi PMB

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Seramai 85 orang Majlis Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menyertai Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang berlangsung di Auditorium, Jabatan Penerangan, kelmarin.

    Program selama dua hari yang dikendalikan oleh Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan bermatlamat untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembanagn terkini mengenai usaha-usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf hidup dan menyuntik semangat diri serta memberikan inspirasi kepada masyarakat.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada perasmian program berkenaan ialah Pemangku Ketua Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, Jabatan Penerangan, Dayang Mufidah binti Abdul Hakim.

    Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Pengiran Haji Ahmad Fadillah Akhbar bin Pengiran Haji Sellahhuddin menjelaskan program itu merupakan salah satu landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan.

    Taklimat pertama yang dikongsikan adalah mengenai Matlamat Pembangunan Mapan (SDG): Penglibatan Masyarakat dan Negara oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Tingkat II, Jabatan Perdana Menteri, Awang Muhammad Zainul-Akhyaar bin Amer Hairunuddin.

    Hadirin mendengarkan taklimat yang disampaikan semasa program itu. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    Beliau memberikan sedikit penerangan mengenai 17 SDG dan memberikan gambaran mengenai pencapaian terkini Negara Brunei Darussalam dalam SDG.

    Taklimat itu juga memberikan tumpuan kepada peranan masyarakat dalam mendukung SDG, melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang mengambil peranan yang penting dalam membantu negara dalam mencapai SDG dan sekali gus Wawasan Brunei 2035.

    Taklimat seterusnya disampaikan oleh Pegawai Ekonomi (i-Ready), Dayang Nurrafidah Syazwani binti Ramli mengenai Pencapaian Prestasi Ekonomi Negara Dalam Mencapai Wawasan 2035 iaitu perkembangan ekonomi negara yang terkini ke arah mencapai Wawasan Brunei.

    Dalam taklimatnya, beliau antara lain menjelaskan empat sektor yang menyumbang kepada peningkatan bukan minyak dan gas di negara ini iaitu kewangan, pengangkutan dan logistik, pembinaan dan komunikasi.Sementara taklimat pada sebelah petang pula mengenai Pemerkasaan Masyarakat Melalui Keusahawanan (Cabaran dan Peluang) yang disampaikan oleh Pengurus (Kerajaan & Sokongan Perniagaan), Dayangku Hajah Siti Normardinah binti Pengiran Haji Omarali antara lainnya mengongsikan beberapa cabaran dan cara dalam bidang perniagaan seperti mengadakan kursus bagi sesiapa yang ingin memulakan bidang perniagaan.

    Taklimat seterusnya disampaikan oleh Awang Muhammad ‘Abdusysahiid bin Idris, daripada Persatuan WeCare menjelaskan mengenai Membangun Keterlibatan Terhadap Pembangunan Komuniti yang mana antara projek yang dikendalikan di bawah WeCare ialah Projek.Bn yang menawarkan khidmat komuniti kepada masyarakat atau golongan yang memerlukan bantuan. Di akhir taklimat, peserta turut menyaksikan video klip mengenai antara projek-projek yang diungkayahkan oleh WeCare.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda