Wednesday, March 19, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terap nilai murni belia

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Dalam menyediakan aktiviti berfaedah untuk mengelakkan belia daripada terjebak dalam kancah bahaya dan terpengaruh dengan aktiviti negatif, Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Unit Belia, Bahagian imarah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop telah mengadakan Pertandingan Lagu-lagu Dakwah Bagi Belia Masjid Senegara.

    Pertandingan telah berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Serusop, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah kepada pemenang ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri. Muncul juara dalam pertandingan berkenaan ialah Kumpulan Belia Masjid Mohamed Bolkiah dengan diikuti oleh Kumpulan Firqah Amaturrahman Masjid Pekan Seria di tempat kedua dan Kumpulan Belia Syababur Rouja Masjid Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong di tempat ketiga.

    Antara tujuan pertandingan adalah untuk menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW serta menambah minat para belia terhadap lagu dakwah. Melalui pertandingan berkenaan juga dihasrat dapat mendukung belia kearah ilmu pengetahuan dan dapat melahirkan belia menuju kearah penyebaran dakwah. Selain itu untuk menerapkan nilai-nilai murni belia kearah kesempurnaan insan dan membiasakan belia didepan orang ramai melalui penyebaran lagu-lagu dakwah.

    Pemenang ketika bergambar ramai bersama sijil dan hadiah mereka selepas acara tersebut berakhir.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda