Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terap semangat kemerdekaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara bersama sekolah yang terpilih dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Pintu Malim, hari ini, telah mengungkayahkan majlis membaca Ratib Al-Attas bagi menerapkan semangat kemerdekaan dengan corak kerohanian kepada setiap penuntut dan belia.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Pintu Malim itu ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Turut hadir ialah pegawai dan kakitangan dari Jabatan Hal Ehwal Masjid, kumpulan belia masjid dan penuntut dari Sekolah Rendah Pintu Malim.

    Acara telah dimulakan dengan baca-an Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat sebelum diikuti dengan bacaan Ratib Al-Attas yang dipimpin Pegawai Hal Ehwal Masjid Kampung Pintu Malim, Haji Azrol Alim bin Haji Zaini.

    Majlis turut diisikan dengan tazkirah sempena Hari Kebangsaan yang disampaikan oleh Imam Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, Haji Abu Samah Shukri bin Haji Mohd Hussein.

    Majlis berkenaan diharap akan menjadi nilai tambah kepada keperibadian dan intelektual para pelajar dan belia serta menjadi pembangkit semangat patriotisme para belia dalam menyahut hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam agar belia sentiasa aktif dan dinamik sepanjang masa.

    Haji Amir Hisham bersama tetamu lain pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Pintu Malim.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda