Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Terapkan Gen Z dengan adab murni

    Menurut perhatian saya ketika menghadiri mana-mana acara sama ada majlis perhimpunan atau perkahwinan, saya sering terserempak atau terpandang generasi muda khususnya Gen Z yang bersikap terlalu berani sehingga kurang rasa hormat pada orang yang lebih tua.

    Sebagai negara yang berpegang teguh kepada nilai Melayu Islam Beraja (MIB), nilai-nilai kesopanan dan hormat-menghormati sepatutnya menjadi asas dalam kehidupan kita.

    Namun, pengaruh media sosial dan teknologi moden menjadikan ramai anak muda kurang peka terhadap adab dalam berinteraksi dengan saudara-mara mereka.

    Mereka lebih cenderung berkomunikasi melalui skrin, mengabaikan pentingnya interaksi bersemuka yang penuh adab dan sensitiviti terhadap perasaan orang tua. Sikap kurang hormat terhadap ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua semakin menjadi kebiasaan.

    Mereka juga melayan orang tua sendiri seperti kawan dan bahasa yang digunakan juga tiada mengikut tata susila.

    Padahal keluarga adalah tempat pertama di mana nilai-nilai murni perlu dipupuk.

    Saya berharap ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak-anak Gen Z perlu mendidik mereka apa makna adab dan hormat kepada orang tua dan masyarakat.

    Anonimus

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...