Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terapkan nilai sabar, reda melalui ibadah korban

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JUN – Seramai 12 peserta telah menyertai Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha yang dianjurkan oleh Badan Ugama Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pesuruhjaya Polis, DCP Dato Seri Pahlawan Sulaiman bin Alidin.

    Turut hadir, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Yang Amat Mulia SAC Pengiran Anak Haji Mohammad Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Timbalan Penguasa Polis (DSP) Awang Muhammad Aimi Safwan bin Zalidin selaku pengerusi BUI, pe-ngarah-pengarah, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai serta anggota dan warga PPDB.

    Pada majlis itu dua ekor sapi dan empat ekor kambing telah dikorban-kan sebagai simbolik memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS serta mendidik jiwa agar bersabar dan reda terhadap segala ketentuan Allah SWT.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan laungan takbir Aidiladha yang dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar. Ia diteruskan dengan pengagihan daging korban kepada para penerima dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis seumpama itu bukan sahaja menyemarakkan sambutan Aidiladha dalam kalangan warga pasukan, malah turut memperkukuh nilai keikhlasan, pengorbanan dan ukhuwah dalam kehidupan berorganisasi dan bermasyarakat.

    ATAS & BAWAH: DCP Dato Seri Pahlawan Sulaiman semasa menyerahkan daging korban kepada penerima. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara anggota polis wanita yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda