SETIAP kali bangun awal pagi, anda merasa malas dan tidak bersemangat untuk ke tempat kerja. Apatah lagi bekerja dari jam 9 pagi hingga ke 6 petang membuatkan badan berasa penat dan letih.
Kadang-kadang sehari 24 jam pun rasanya tidak cukup untuk membereskan kerja pejabat.
Ini belum termasuk tugas-tugas rumah tangga yang menanti di rumah.
Akhirnya, ia membuatkan anda merasa tertekan, letih, penat dan sebagainya. Seperti tiada jalan jalan keluar untuk menyelesaikan masalah ini.
Namun ada rahsia yang boleh membuatkan anda ceria di tempat kerja. Cuba lakukan beberapa perkara yang dikongsikan di bawah ini.

Detoks gajet
Sehari tanpa gajet membuatkan hidup anda huru-hara atau pekerjaan anda memang memerlukannya untuk berhubung setiap masa.
Sebenarnya gajet yang anda gunakan setiap masa boleh menjadi sumber penyebab tekanan. Jadi, luangkan beberapa minit setiap hari untuk detoks gajet supaya fikiran anda tetap tenang.
Beri waktu untuk diri
Cuba untuk fikir lebih realistik dan jangan melakukan kerja dengan segera dan cepat. Pastikan anda melakukan kerja mengikut kesesuaian dengan waktunya.
Cukupkan waktu untuk bekerja dan berehat. Lihat orang di sekeliling yang telah berjaya dan ketahui masa yang mereka lakukan untuk mereka berada pada tahap mereka yang sekarang ini. Dengan itu anda akan terus berfikir secara realistik dan menjadi lebih matang.
Satu persatu
Adalah lebih baik anda belajar untuk fokus. Berikan tumpun pada satu pekerjaan supaya anda dapat menyelesaikan dengan baik daripada anda melakukan semua pekerjaan tetapi tiada satu pun yang selesai.
Walaupun anda mampu melakukan kerja yang banyak dalam satu masa (multitasking), ia boleh membuatkan anda tertekan.
Beri keutamaan
Memandangkan terlalu banyak kerja yang perlu anda selesaikan, apa kata berikan keutamaan kepada kerja yang penting dahulu.
Begitu juga dengan tugasan yang boleh anda berikan kepada orang lain untuk membantu anda.
Meja kemas kerja lebih semangat
Deadline mungkin menjadi salah satu penyebab meja anda tidak terurus.
Bekerja dengan keadaan meja yang penuh dengan bekas atau makanan yang berterabur membuatkan seseorang itu menjadi kurang produktif.
Ada beberapa tip untuk membantu agar meja kerja anda kemas dan produktiviti kerja meningkat.
Bersihkan sampah
Penulis buku Clear Your Office, Jade-Sky, mengatakan musuh produktiviti kerja adalah barang-barang yang berselerakan. Malah, meja yang berantakan juga menunjukkan ciri-ciri pemikiran yang sama pemilik meja tersebut. Jadi, untuk meningkatkan produktiviti, cuba bersihkan, buang benda yang tidak diperlukan dan pastikan barang yang ada tidak berselerak.
Dekorasi meja
Apabila sudah bersih, cuba pula untuk mendekorasi di atas meja. Ini untuk menambahkan inspirasi dan semangat. Contohnya, dengan meletakkan foto keluarga atau gambar kawan-kawan untuk anda lebih bahagia.
Kedudukan meja
Ada sesetengah pejabat yang mempunyai ruangan terbuka tanpa sekatan. Anda juga boleh duduk di sudut yang menghadap cahaya matahari. Ini akan membuatkan anda lebih bertenaga dan fokus dalam melakukan tugasan.
Cara terbaik istirehat di pejabat
Telalu banyak kerja dan deadline yang terlalu singkat membuatkan anda tidak mempunyai masa untuk berehat. Ingat, walaupun anda tidak mempunyai waktu untuk berehat, ini tidak bermakna anda perlu mengabaikan masa rehat anda begitu sahaja. Ada beberapa waktu yang sesuai untuk anda berehat.
Pertengahan pagi
Mengambil masa antara sebelum makan tengah hari akan membuatkan anda lebih bersemangat. Jangan sesekali membiarkan waktu dan tenaga anda habis sebelum masanya.
Berbual
Berbual dengan kawan sekerja kerana ia akan membuatkan anda lebih santai.
Cipta perbualan ringan yang menyenangkan dan bercakap tentang hobi, aktiviti selepas pulang ke pejabat atau window shopping.
Rehat yang cukup
Gunakan waktu rehat sebaik yang mungkin dan masa makan tengah hari bersama kawan-kawan. Lakukan aktiviti ini jauh dari meja kerja anda. Mungkin anda juga boleh berjalan di taman atau sekitar pejabat sebagai pilihan alternatif untuk rehat.
Lakukan perkara yang disukai
Gunakan waktu rehat dengan melakukan perkara yang anda suka. Rehat yang optimum akan meningkatkan tenaga kerja dan badan anda lebih sihat dan segar.