NEW YORK, 29 Ogos – Bekas pemain nombor satu dunia, Maria Sharapova menghasilkan aksi kembali dengan kemenangan dalam kejohanan Grand Slam semalam selepas penggantungan dadah selama 15 bulan, menyingkirkan Simona Halep ranking kedua dengan 6-4, 4-6, 6-3 di Terbuka AS.
Pemain dari Rusia itu, yang hanya beraksi sekali dalam kejohanan persediaan di permukaan gelanggang keras kerana kecederaan lengan, menghasilkan 60 kemenangan dengan 64 ‘unforced errors’, mengekalkan tempo dan menjejaskan Halep beberapa kali dalam persaingan yang tegang di Arthur Ashe Stadium.
“Pemain ini memiliki banyak ketabahan,” kata Sharapova mengenai dirinya. “Dan dia tidak akan ke mana-mana.”
Sharapova, yang diuji positif bagi pengambilan meldonium pada Terbuka Australia tahun lepas, memperbaiki rekod 7-0 dalam sepanjang persaingannya bersama Halep, melanjutkan penguasaannya ke atas pemain dari Romania berusia 25 tahun itu.

Sharapova yang emosi mengukuhkan pukulannya, ketika keadaan tidak menentu dan ada saatnya menarik, dengan teriakan dan mengangkat tangan. Dia bertenaga walaupun ketika rehat, menutup matanya dan menggerak-gerakkan kakinya ketika dia duduk di antara set.
Selepas mata terakhir, Sharapova berlutut dalam tangisan.
Dia kemudian menahan rasa terharu dengan meniupkan ciuman kepada penonton, sambil teresak-esak dan ‘berterima kasih’ kepada peminat yang memberikan tumpuan sepanjang perlawanan selama dua jam dan 45 minit itu.
“Anda tidak tahu apa yang akan anda rasakan sehingga anda memenangi mata penamat,” katanya. “Ia begitu bernilai.” – AFP