MELBOURNE, 10 Okt – Penganjur Terbuka Australia berkata mereka berharap aksi kembali dari Serena Williams yang baru menjadi ibu pada Januari depan ketika mereka meningkatkan hadiah tunai kepada Aus$4 juta (AS$3.1 juta) hari ini.
Bekas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic dan Andy Murray yang berada dalam kecederaan, bersama Kei Nishikori dan Stan Wawrinka, bersedia untuk kembali beraksi tepat pada waktunya bagi musim pembukaan Grand Slam pada Januari depan.
Williams memenangi Terbuka Australia tahun ini ketika berada dalam keadaan hamil, dan dia bercakap mengenai rancangannya yang “mengejutkan” untuk beraksi di Melbourne pada 2018, hanya empat setengah bulan selepas melahirkan anak perempuannya.
Pengarah pertandingan, Craig Tiley berkata ke semua 100 pemain terbaik lelaki dan wanita mengesahkan mereka mahu beraksi di Melbourne, melibatkan Williams, yang pada masa ini berada di ranking ke-24.
Dia menambah bahawa pemikiran pemain itu tertumpu ke atas pertandingan itu, yang bertepatan dengan huruf pertama nama anak perempuannya, Alexis Olympia.
“Huruf awal nama anaknya adalah AO dan dia menggambarkan dia juga seharusnya menamatkannya ke atas trofi 2017, jadi AO adalah dalam pemikirannya pada pertandingan itu,” katanya pada pelancaran rasmi acara itu di Melbourne.
“Jika seseorang boleh melakukannya, dia boleh dan saya pasti tidak mengira aksi kembali pada Januari depan.”
Tiley juga memberitahu Melbourne Age: “Dia mahu kembali pada 2018 dan mempertahankan gelarannya. Jelas, dalam latihan sekarang, hanya berbaki beberapa bulan saja lagi. Ia terserah kepadanya, bagaimana kedudukan kecergasannya.”
Sebahagian bekas bintang tertanya-tanya sama ada pemenang Grand Slam 23 kali itu akan kembali bangkit selepas melahirkan anak, dan jika benar, sama ada dia mampu untuk mengembalikan rentak terbaiknya. – AFP