Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terbuka Australia : Kerber pula tersingkir

    MELBOURNE, 23 Jan – Pemain nombor satu dunia, Angelique Kerber (gambar) disingkirkan dari Terbuka Australia semalam dalam kekalahan mengejutkan kepada Coco Vandeweghe, ketika mana seorang lagi pemain pilihan diketepikan.

    Pemain dari Jerman itu, yang mempertahankan gelaran Grand Slam buat kali pertama, tidak dapat menyaingi pemain dari AS itu yang mengecewakannya 6-2, 6-3 di Rod Laver Arena untuk mara ke suku akhir dalam salah satu kemenangan terbesar sepanjang kerjayanya.

    Penyingkiran Kerber menyusul penyingkiran awal pemain pilihan ketiga wanita, Agnieszka Radwanska, pilihan keempat Simona Halep dan pilihan keenam Dominika Cibulkova di pertandingan itu yang masih terbuka luas.

    Dalam pertandingan lelaki, Andy Murray dan Novak Djokovic mengalami nasib yang sama.

    Pilihan utama, Kerber yang berazam untuk menjadi pemain wanita pertama yang berjaya mempertahankan gelaran Australia sejak Victoria Azarenka pada 2013, tetapi segalanya tidak menjadi ketika menentang pemain ranking ke-35.

    “Ia adalah istimewa, untuk menentang pemain nombor satu dunia pada mana-mana peringkat dan dalam mana-mana pusingan. Jadi saya rasa ini adalah kemenangan nombor satu saya. Saya menerimanya,” kata Vandeweghe. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda