Saturday, July 26, 2025
32 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei tewas di suku akhir

    KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Perjalanan beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Terbuka China 2025 di Changzhou, berakhir di pusingan suku akhir hari ini. 
     
    Tang Jie-Ee Wei, gagal menepati status pilihan keempat apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan straight set oleh pasangan bukan pilihan dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, 19-21, 15-21, dalam pertarungan selama 43 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik. 
     
    Keputusan hari ini merupakan kekalahan pertama gandingan Malaysia itu di tangan Xin Wa-Fang Hui dalam tiga pertemuan. 
     
    Xin Wa-Fang Hui akan berdepan sama ada dengan juara bertahan yang juga rakan senegara Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping atau pasangan Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja, di separuh akhir, esok – Bernama
     
    Aksi Toh Ee Wei (kiri) dan Chen Tang Jie semasa perlawanan suku akhir beregu campuran menentang pasangan China, Guo Xinwa dan Chen Fanghui, dalam kejohanan badminton Terbuka China 2025 di Changzhou, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda