Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terbuka Denmark: Jun Hao gagal lepasi cabaran Shi Feng

    KUALA LUMPUR, 16 OKT – Perjuangan skuad Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki pada Terbuka Denmark 2025 berakhir lebih awal selepas wakil tunggal, Leong Jun Hao tersingkir pada pusingan pembukaan di Odense, kelmarin.

    Pemain nombor 20 dunia itu tewas 13-21, 16-21 kepada pilihan keempat dari China, Li Shi Feng dalam masa 45 minit semasa kejohanan Super 750 yang berlangsung di Jyske Bank Arena.

    Keputusan itu menandakan kekalahan kelapan Jun Hao dalam sembilan pertemuan dengan Shi Feng yang juga pemain nombor empat dunia.

    Sementara itu, beregu lelaki Malaysia, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King turut tersingkir selepas kalah 15-21, 19-21 kepada juara dunia 2021 Takuro Hoki-Hugo Kobayashi dari Jepun.

    Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mengalami nasib yang sama selepas ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Korea Selatan Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo dengan 5-21, 16-21 bagi kategori beregu wanita. – Bernama

    Leong Jun Hao ketika menentang pemain China, Lu Guang Zu dalam Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda