Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terbuka hati peluk Islam

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Seorang lelaki Cina Dusun terbuka hati melafazkan Dua Kalimah Syahadah di hadapan pegawai dari Unit Pengislaman, Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah dalam majlis pengislaman yang berlangsung di sebuah kediaman di Kampung Jerudong malam ini.

    Awang Hafizul Akmal bin Rosli, 22, memilih nama Islam Mohammad Hafizul Akmal bin Rosli pada majlis tersebut.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan menabur bunga rampai sambil Dikir Marhaban dilaungkan bagi menyerikan lagi majlis.

    Bermula Januari sehingga November tahun ini, seramai 292 orang telah memeluk Islam di seluruh negara, menurut Pusat Dakwah Islamiah.

    Awang Mohammad Hafizul bersama keluarga selepas majlis pengislamannya.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda