Monday, February 24, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terbuka Low San buka tirai

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Low San dibuka rasmi semalam di Dewan Bola Keranjang Batu Bersurat, melibatkan pihak penaja dan Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya membuka rasmi kejohanan berkenaan ialah pemilik Low San selaku penaja pertandingan, Yang Berhormat Ong Tiong Oh, yang turut melontarkan bola bagi perlawanan di antara Pasukan Juramas menentang Pasukan YTE-TSC.

    Sebelum perlawanan hari ini tetamu kehormat berkesempatan menyampaikan ucapan dan menyerahkan cek tajaan berjumlah $10,000 kepada pihak Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam dan disusuli dengan acara penghargaan jasa dan bakti Awang Ang Tiong Hua bagi pembangunan dan perkembangan sukan bola keranjang di Brunei Darussalam.

    Dua perlawanan berlangsung di hari pertama kejohanan tersebut, yang dihidupkan semula sejak tahun 1959 itu, akan diadakan lebih kurang sebulan bermula semalam sehingga 10 Disember depan dan akan menampilkan beberapa piala rebutan antaranya Piala Low San (Veteran), Piala Cabaran The Toolbox dan Piala Wanita The Sherwin Williams.

    Pasukan-pasukan yang berentap di Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Low San bergambar ramai di Dewan Bola Keranjang, Batu Bersurat.
    Yang Berhormat Ong Tiong Oh ketika memberikan ucapan perasmian di kejohanan tersebut.
    Di acara perasmian Kejohanan Terbuka Low San itu turut meraikan jasa Ang Tiong Hua bagi pembangunan bola keranjang di negara ini.

    Perlawanan pertama menyaksikan Wolves menewaskan TSL Construction dengan jaringan 117-102, sementara dalam perlawanan kedua pula Pasukan Juramas menewaskan Pasukan YTEXTSC dengan jaringan 89-81.

    Katageori Terbuka menampilkan 18 pasukan yang dibahagikan kepada empat kumpulan, dalam Kumpulan A terdiri daripada Pasukan Juramas, YTEXTSC, Elbomba Zo Buycour, Hainan Association BSB dan Pasukan Sekolah St Andrew’s, manakala dalam Kumpulan B pula adalah Pasukan Wolves, TSL Construction, Coopt Engineering dan NLPS Bamboonets.

    Bagi Kumpulan C pula, lima pasukan yang akan bersaing adalah Pasukan Street Roc, Propel, 10PM, Sabli’s dan Fashion, sementara Pasukan Rotary, Walltique, Honey Carsmart dan MBA pula dalam Kumpulan D.

    Empat pasukan akan berentap di dalam Piala Wanita Sherwin Williams antaranya Pasukan Berrywan Company, Juramas, Mum Bakery Brunei Shield dan SSBN Honey Carsmart. Piala Low San Veteran pula akan menyaksikan persaingan antara Pasukan TK Tea House, Concept GMT, Digimark, agHK, Fitness Zone dan Pasukan Linktech.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda