Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Kehangatan Kejohanan Bola Keranjang Terbuka Low San 2018 semakin meriah dengan menyaksikan perlawanan yang sengit antara Pasukan Fitness Zone dan Pasukan Menglait, semalam.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA), Batu Bersurat, Gadong itu menyaksikan dominasi permainan yang ditunjukkan oleh Pasukan Fitness Zone akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya mengalahkan Pasukan Menglait dengan keputusan 96-81.
Sementara itu, pada perlawanan berasingan pula menyaksikan Pasukan TSL menang dengan jaringan 91-83 ke atas Pasukan Wolves.
Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 7 November ini dan akan menyaksikan pertembungan antara Pasukan TK Tea House menentang Pasukan Stars on 40s yang berlangsung di gelanggang yang sama.