Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terbuka Phoenix milik Matsuyama

    LOS ANGELES, 7 Feb- Hideko Matsuyama dari Jepun memenangi gelaran Terbuka Phoenix keduanya berturut–turut pada Ahad lalu, dan sama seperti tahun lepas dia memerlukan lubang keempat playoff untuk melakukannya.

    Matsuyama mencatatkan ‘birdie putt’ 12 kaki di lubang keempat dalam playoff, par pendek empat 17 di TPC Scottsdale, untuk menyingkirkan bekas juara Terbuka AS, Webb Simpson.

    Percubaan ‘birdie’ 20 kaki dari Simpson untuk memenangi lubang playoff ketiga, empat par 10, berhenti bergolek. Simpson mendahului kedudukan dengan tujuh-bawah par 64, dengan ‘birdie’ di lubang ke-17 dan 18 yang memberikannya pendahuluan 17-bawah 267.

    Matsuyama mendapatkan peluangnya untuk mencatatkan kemenangan, tetapi terpaksa berada dalam pertandingan playoff apabila ‘putt’ 20 kaki di lubang ke-72 berhenti hanya beberapa inci dari lubang.

    Dia menamatkan dengan lima-bawah par 66 untuk menyertai Simpson dengan 267, satu pukulan di depan Louis Oosthuizen dari Afrika Selatan.

    Hideki Matsuyama dari Jepun bergambar bersama piala kejuaraan selepas memenangi Terbuka Phoenix di TPC Scottsdale. – AFP
    Hideki Matsuyama dari Jepun bergambar bersama piala kejuaraan selepas memenangi Terbuka Phoenix di TPC Scottsdale. – AFP

    Dua pesaing itu mendapatkan kelebihan dari kesukaran pendahulu sepanjang malam, An Byeong-Hun, yang memulakan pertandingan dengan mendahului satu pukulan ke atas Martin Laird dari Scotland tetapi menamatkan dengan lima ‘bogey’ dan tiga ‘birdie’ dalam 73 yang meletakkannya di tempat keenam dengan 270.

    Rickei Fowler, disaingi dalam playoff oleh Matsuyama di Phoenix pada tahun lepas, membuat 65 pukulan untuk berkongsi di tangga keempat bersama J.J. Spaun (67) dengan 269.

    Pemain nombor lima dunia, Matsuyama mencatatkan kemenangan kelima dalam sembilan permulaan seluruh dunia, kejayaan yang melibatkan kejayaannya dalam World Golf Championship HSBC Champions di Shanghai pada Oktober lalu.

    “Ia adalah pertandingan hebat,” kata Matsuyama. “Saya akan meneruskannya selama mana termampu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda