Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terbuka Qatar tanpa pemain bintang

    DOHA, 31 Dis – Salah satu musim pembuka tirai tradisi, Terbuka Qatar, bermula esok tetapi dengan pengunduran diri dari Novak Djokovic pertandingan itu terjejas daripada aksi utama kelas A.

    Djokovic, juara di Doha selama dua tahun, menarik diri semalam kerana menghadapi masalah berterusan dengan kecederaan siku. Ketiadaannya merupakan berita buruk secara peribadi, meletakkan keraguan mengenai penyertaannya dalam Terbuka Australia pada Januari dan berpotensi juga bagi pertandingan itu, yang mana beberapa musim lalu mendapat reputasi meningkat.

    Pada tahun lepas bintang Serbia itu menewaskan Andy Murray dari Britain, bekas pemain nombor satu dunia, dalam pertandingan tiga set yang sengit di depan penonton-penonton Doha yang melibatkan pemain-pemain bola sepak Bayern Muncih, di Qatar bagi latihan musim sejuk, dan ketua Paris Saint-Germain, Nasser al-Khelaifi.

    Tahun sebelumnya, Djokovic menewaskan Rafael Nadal dalam pertandingan akhir, melepaskan hanya tiga permainan menentang pemain dari Sepanyol dalam pertandingan menarik untuk merebut gelaran, pemanasan yang ideal sebelum memenangi mahkota keenam Terbuka Australia beberapa minggu kemudian.

    Tahun ini, persaingan di Qatar kurang menarik tumpuan tetapi mungkin memberikan peluang bagi bintang-bintang baru untuk bangkit. Dengan ketiadaan Djokovic, pemain pilihan nombor satu itu akan bertemu pemain nombor lima dunia, Dominic Thiem. Pemain dari Austria bersedia untuk meneruskan tahun 2017 yang menarik, apabila dia mara ke separuh akhir Terbuka Perancis sebelum tewas di Paris kepada juara dan pemain nombor satu sekarang, Nadal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda