Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Terbuka Switzerland satukan kembali Roy King-Wan Arif

    KUALA LUMPUR, 1 MAC – Kejohanan badminton Terbuka Switzerland menjadi medan membentuk kembali keserasian beregu lelaki Malaysia, Yap Roy King-Wan Arif Wan Junaidi yang digandingkan semula selepas tiga bulan ‘terpisah’.

    Beregu yang mula digandingkan pada Mac tahun lepas itu mencuri tumpuan setelah meraih beberapa kejuaraan termasuk juara kebangsaan sebelum langkah mereka terhenti apabila Roy King mengalami kecederaan lutut pada Disember.

    Roy King ketika ditemui selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara hari ini mengakui teruja apabila dapat kembali menyertai kejohanan selepas berehat panjang, namun pada masa sama berwaspada agar kecederaan tidak berulang.

    “Sekarang apa boleh dikatakan keadaan saya berada pada tahap 100 peratus bersedia untuk beraksi. Ini minggu pertama saya jalani latihan, boleh dikatakan proses itu baik sekali,” katanya.

    Selain turun dalam acara beregu lelaki, pemain berusia 23 tahun itu akan berpasangan dengan Valeree Siow dalam acara beregu campuran.

    Sementara itu, Wan Arif yang teruja gandingannya sudah pulih dan kembali ke gelanggang berharap mereka dapat mengatur rentak secepat mungkin bagi membina semula keserasian sekali gus mencipta keputusan yang baik di kejohanan Super 300 itu.

    “Perasaan itu lain sebab daripada Disember lagi kami tidak berlatih bersama dan saya turut bertukar-tukar gandingan.

    “Bagaimanapun, kami tidak mahu sasaran (suku akhir) itu dijadikan beban kerana apa yang penting kami hanya nak berikan persembahan terbaik setiap kali beraksi,” katanya yang tekad memperbaiki kelemahan mereka khususnya ketika dalam detik penting menuju mata kemenangan. – Bernama

    Aksi Wan Mohd Arif Sharuddin Wan Junaidi (depan) dan Yap Roy King semasa perlawanan akhir Kejohanan Badminton Kebangsaan Malaysia 2023 di Stadium Juara pada 9 Julai 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...