Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Terdapat hujah kukuh letak kamera video di kokpit’

    SINGAPURA, 16 JULAI – Terdapat ‘hujah yang kukuh’ untuk meletakkan kamera video dalam kokpit syarikat penerbangan bagi membantu siasatan kemalangan, kata Ketua Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) hari ini.
     
    Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, Willie Walsh, susulan laporan awal mengenai nahas Air India bulan lalu, yang mendapati suis bahan api enjin pesawat itu telah dimatikan.
     
    Nahas itu telah mengorbankan semua kecuali seorang daripada 242 orang di dalam pesawat termasuk 19 orang di darat.
     
    Walsh, bekas juruterbang syarikat penerbangan komersial, berkata dia memahami keengganan juruterbang untuk meletakkan kamera video di kokpit. “Tetapi, oleh sebab kami tidak membincangkan perkara ini di IATA, saya secara peribadi dapat melihat bahawa terdapat hujah yang kukuh untuk meletakkan video ke dalam kokpit bagi membantu siasatan kemalangan,” katanya kepada pemberita. 
     
    “Ada kemungkinan bahawa rakaman video, sebagai tambahan kepada rakaman suara, akan membantu penyiasat dengan jelas dalam menjalankan siasatan itu,” tambah Walsh.
     
    Ditanya sama ada IATA akan mengesyorkan reka bentuk semula dalam kokpit untuk mengelakkan sebarang penutupan suis bahan api enjin secara tidak sengaja, Walsh berkata badan industri itu perlu menunggu laporan yang lebih terperinci dan tidak membuat spekulasi.
     
    “Saya fikir adalah penting untuk kami membenarkan penyiasat kemalangan menjalankan siasatan penuh dan betul serta menunggu mereka menerbitkan laporan dan kemudian menanganinya pada peringkat itu,” katanya. – AFP
     
    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda