Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terdesak gali mangsa tertanam akibat gempa bumi

    ISLAMABAD, 9 OKT – Lelaki menggali runtuhan dengan tangan kosong dan penyodok di barat Afghanistan kelmarin dalam percubaan terdesak untuk menarik mangsa dari runtuhan akibat gempa bumi kuat yang mengorbankan sekurang-kurangnya 2,000 orang.

    Seluruh kampung diratakan, mayat terperangkap di bawah rumah yang runtuh dan penduduk tempatan menunggu bantuan tanpa penyodok untuk menggali orang.

    Hidup dan mati, mangsa terperangkap di bawah runtuhan, muka mereka kelabu dengan debu. Seorang jurucakap kerajaan berkata kelmarin bahawa ratusan masih terperangkap, lebih 1,000 cedera dan lebih 1,300 rumah musnah.

    “Kebanyakan orang terkejut … ada yang tidak boleh bercakap. Tetapi ada yang lain yang tidak dapat berhenti menangis dan menjerit,” jurugambar Omid Haqjoo, yang melawat empat kampung kelmarin, memberitahu The Associated Press melalui telefon dari bandar keempat terbesar di Afghanistan, Herat.

    Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud Sabtu lalu melanda kawasan padat penduduk berhampiran Herat. Ia diikuti dengan gegaran susulan yang kuat.

    Jurucakap kerajaan Taliban pada kelmarin menyatakan jumlah kematian itu, jika disahkan, akan menjadikannya salah satu gempa bumi paling dahsyat yang melanda negara itu dalam dua dekad.

    Gempa bumi yang melanda timur Afghanistan pada Jun 2022, melanda kawasan pergunungan yang berceranggah, memusnahkan rumah batu dan bata lumpur dan membunuh sekurang-kurangnya 1,000 orang.

    Orang ramai di Herat membebaskan seorang anak damit perempuan dari bangunan runtuh selepas dia tertimbus sehingga ke lehernya dalam serpihan.

    Satu tangan memeluk batang tubuh anak damit ketika penyelamat mengeluarkan kanak-kanak itu dari tanah. Pasukan penyelamat berkata ia adalah ibu bayi itu.

    Tidak jelas sama ada ibu itu terselamat. Video itu dikongsi dalam talian dan disahkan oleh The Associated Press. – AP

    Lelaki Afghanistan mencari mangsa selepas gempa bumi di daerah Zenda Jan di wilayah Herat, barat Afghanistan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda