KUALA LUMPUR, 12 MAC – Selepas mengharungi empat perlawanan, Terengganu akhirnya meraih kemenangan sulung dalam kempen Liga Super 2023 dengan mengatasi PDRM yang beraksi dengan 10 pemainĀ 1-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus.
Pada pertembungan itu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dengan penjaga gol PDRM, Mohamad Ramdhan Ab Hamid dilayangkan kad merah selepas mengasari penyerang tuan rumah Jordan Mintah menghampiri waktu rehat.
Situasi itu memaksa Ketua Jurulatih PDRM Azzmi Aziz membuat pertukaran dengan mengorbankan pemain tengah, Kyaw Min Oo untuk membawa masuk penjaga gol gantian Willfred Jabun bagi mengharungi baki 45 minit kedua perlawanan.
Beraksi dengan 10 pemain ternyata memberi kesan kepada PDRM yang bertungkus lumus mempertahankan gawang daripada dibolosi, namun TerengganuĀ tetap berjaya meledak gol kemenangan menerusiĀ Sardor Kulmatov pada minit ke-76.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat sekali gus menghadiahkan tiga mata buat skuad kendalian Tomislav Steinbruckner untuk Skuad Penyu memanjat keluar daripada kedudukan tercorot ke posisi keenam liga dengan mengumpul empat mata manakala PDRM yang berkongsi mata sama di tempat ketujuh.
Sementara itu, Kelantan menjadi mangsa terbaharu Johor Darul Taāzim (JDT) apabila dibelasah 5-1 pada aksi sebelah petangĀ di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri. – Bernama