Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terengganu FC ‘panaskan badan’ di Thailand sebelum Liga Super

    KUALA TERENGGANU, 23 JULAI – Thailand menjadi destinasi pilihan Terengganu FC (TFC) untuk aksi pemanas badan sebelum sepak mula Liga Super 2025/2026 pada 8 Ogos.

    Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim, berkata skuad Penyu akan berdepan dua kelab dari Selatan Thailand iaitu FC Yala dan Nara United.

    Dia yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri berkata pada awalnya TFC merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Indonesia, namun dibatalkan atas sebab tertentu.

    “TFC akan berdepan FC Yala pada 24 Julai diikuti Nara United sehari kemudian. Pada asalnya kami me-rancang untuk ke Indonesia, tetapi hanya satu pasukan yang bersedia untuk perlawanan persahabatan.

    “Walaupun ditaja sepenuhnya, kita anggap ia tidak berbaloi dan mengambil keputusan menggantikannya dengan aksi di Thailand,” katanya ketika ditemui pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara TFC dengan Klinik Wildan, hari ini.

    Turut hadir Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Syahrizan Mohd Yahaya.

    Selain itu, Hishamuddin berkata TFC juga akan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan kelab tempatan iaitu Kelantan Red Warriors FC (KRW) pada 29 Julai di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), diikuti Kelantan TRW di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 2 Ogos depan. – Bernama

    Para pemain Terengganu FC (TFC) menjalani sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda