Monday, November 28, 2022
31.8 C
Brunei

-

Terengganu FC wajib menang

KUALA NERUS, 14 OKT – Terengganu FC (TFC) membawa misi wajib menang apabila bertandang ke Stadium Darul Aman berdepan tuan rumah Kedah Darul Aman FC (KDA) pada aksi terakhir Liga Super musim ini, malam esok.

Pertemuan di gelanggang lawan itu menjadi detik penting buat skuad Penyu dalam perebutan slot ke pentas Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.

Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata beliau menyedari cabaran getir bakal dihadapi anak buahnya dalam usaha meraih tiga mata berharga di bumi jelapang padi.

“Sudah tentu saya menjangkakan tentangan sengit daripada Kedah malam esok. Mereka pasti cuba yang terbaik untuk menang pada aksi terakhir di hadapan penyokong sendiri.

“Malah Kedah juga memiliki pemain berkualiti seperti Fayadh Zulkifli, Ronald Ngah Wanja dan Mahmoud Mardi yang menjadi ancaman buat pertahanan Terengganu,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Gong Badak.

Nafuzi berkata rekod cemerlang lapan perlawanan berturut-turut tanpa kalah bukan jaminan untuk TFC terus kebal pada perlawanan menentang skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu.

“Semua usaha keras kita musim ini bergantung sepenuhnya kepada perlawanan malam esok yang akan menentukan sama ada kita layak ke pentas AFC tahun depan. Jangan sia-sia dan musnahkan peluang yang kita bina sejak awal. Bermainlah bermati-matian umpama kita beraksi di final,” katanya. – Bernama

Jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain ditemui semasa menjalani sesi latihan sebagai persiapan sebelum perlawanan Liga Super menentang Kedah FC di Stadium Darul Aman, malam esok. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -