Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Terengganu perhebat promosi produk makanan di luar negara

    KUALA TERENGGANU, 30 MEI – Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) terus memperhebat usaha mempromosi produk makanan tempatan dengan menjalankan pemasaran di luar negara.

    Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata sebanyak 20 produk makanan keluaran anak tempatan telah dibawa ke Dublin, Ireland untuk dipasarkan di Hibiscus Store Limited pada 12 Mei lepas.

    Produk berkenaan termasuk Rempah Cap Bunga Ros, Rempah Tok Ma, Kopi Layar, Keropok Tok Yam, Tenang Recipe, Rochinur, Sedap Koko dan rangkaian barangan keluaran syarikat Pertima.

    “Produk ini kita bawa sempena lawatan kerja ke Dublin, Ireland sebagai percubaan untuk menembusi pasaran yang luas di sana.

    “Kami harap produk tempatan dapat diterima dengan baik oleh masyarakat luar dalam usaha membantu usahawan meluaskan empayar perniagaan di luar negara sekali gus menjana pendapatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...