Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Terengganu rampas dadah RM4.47 juta sepanjang 2023

    KUALA TERENGGANU, 14 JAN – Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai RM4.47 juta sepanjang 2023.

    Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata selain itu sebanyak 3,496 tangkapan turut dibuat melibatkan penagih dan pengedar dadah di bawah Seksyen 6, 6B, 12(2), 39A(1) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun lepas.

    Beliau berkata jumlah tangkapan tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu 3,880 orang.

    “Tangkapan turut melibatkan 35 pengedar dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

    “Sepanjang tahun lalu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik turut menjalankan tujuh siri Ops Camar bagi membanteras sindiket pengedaran dadah,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Serah Terima Harta Lucut Hak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Terengganu, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, sini hari ini.

    Turut hadir Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Wan Rukman Wan Hassan.

    Terdahulu pada majlis tersebut Mazli turut menyerahkan 15 kenderaan termasuk motosikal dan kereta yang dilucut hak kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran automatif di tujuh sekolah menengah di negeri ini.

    Dalam pada itu Mazli berkata secara keseluruhan sebanyak 62 kenderaan pelbagai jenis berjaya dilucut hak untuk pelupusan sepanjang 2023. – Bernama

    Datuk Mazli Mazlan bercakap kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...