Wednesday, March 19, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tergamak bakar isteri kerana gagal hamil

    KAHERAH, 5 DIS – Seorang isteri dibakar hidup-hidup oleh suaminya kerana mangsa gagal hamil setelah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun.

    Menurut Middleastern Monitor yang memetik laporan akhbar tempatan, al-Wafd, lelaki dikenali sebagai Mohamed itu mengikat isterinya, Aya sebelum menyimbah minyak ke tubuhnya.

    Dia kemudian meninggalkan mangsa di rumah mereka di Rod El Farag, Kaherah dan pergi ke rumah ibu bapanya di bangunan sama tanpa sedikit pun rasa bersalah.

    Jiran yang ternampak kejadian itu bertindak menghubungi polis dan ambulans, namun wanita itu tidak dapat diselamatkan kerana 70 peratus tubuhnya sudah pun melecur teruk dan disahkan sudah meninggal dunia.

    Menurut saksi, Mohamed dan ibunya sering mendera mangsa kerana mendakwanya mandul.

    Susulan kejadian itu, dia telah ditahan dan dirujuk kepada Pendakwaan Awam.

    Di Mesir, 1.5 juta wanita menjadi mangsa penderaan domestik pada setiap tahun. Data PBB menunjukkan 26 peratus wanita berusia 15 hingga 49 tahun pernah melaporkan tentang keganasan rumah tangga walaupun angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda