ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
JAZZ Bashara adalah seorang penjenayah. Begitulah tanggapan umum ke atasnya.
Kehidupan di Artemis, sebuah bandar raya pertama dan satu-satunya pada bulan bukannya mudah, lebih-lebih lagi jika anda bukannya seorang pelancong kaya ataupun seorang jutawan.
Oleh yang demikian, kegiatan menyeludup barang-barang tegahan sekali-sekala mungkin satu-satunya cara untuk meringankan beban hidup orang-orang kelas bawahan di sana.
Walau bagaimanapun bagi Jazz yang terhimpit dengan hutang yang banyak, gajinya sebagai seorang porter tidak dapat menampung kehidupannya.

Segala-galanya berubah apabila Jazz mendapat peluang untuk melakukan jenayah besar, dengan tawaran imbalan yang terlalu mewah untuk ditolaknya.
Akan tetapi, menerima tawaran untuk melakukan jenayah yang kelihatan mustahil itu telah memberikannya satu masalah yang lebih besar kepada diri Jazz.
Jazz telah terjerumus ke dalam sebuah konspirasi jahat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan di Artemis, dan satu-satunya peluangnya untuk terselamat terletak dalam pertaruhan yang lebih berisiko tinggi daripada tawaran yang diterimanya.