Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima 400 pembesar suara, galak orang ramai solat

    KABUL, 23 NOV – Beratus-ratus pembesar suara telah dipasang di ibu negara Afghanistan untuk menggalakkan orang ramai menghadiri solat, kata penguat kuasa agama Taliban, hari ini.

    Kementerian Penggalakan Kebajikan dan Pencegahan Maksiat berkata, ratusan kedai kosong dan bangunan lain yang tidak digunakan baru-baru ini sudah diubah menjadi masjid untuk memberi peluang kepada semua orang untuk solat berjemaah.

    “Semasa pemerintahan sebelum ini, beberapa pembesar suara ditanggalkan dan orang ramai tidak dapat mendengar azan.

    “Sebanyak 400 pembesar suara sudah dipasang di bahagian berlainan di Kabul supaya orang ramai dapat mendengar azan pada masa yang sama,” tambah kementerian itu dalam Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda