Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dan Pengerusi Negara Shell, Dr Ceri M. Powell (dua, kanan) ketika menyampaikan hadiah berprestij ‘Anugerah Inovator 10 Teratas Shell LiveWIRE’ kepada wakil S & R Aquafarm, Dayang Meryyanah binti Haji Umar bagi pihak Awang Syazwan bin Haji Suni pada majlis yang berlangsung di ibu pejabat BSP. – Gambar oleh BSP
BELAIT, 31 JAN – Teknik pertanian yang diadaptasi oleh Awang Syazwan bin Haji Suni dari S&R Aquafarm dalam menanam herba-herbanya menggunakan sistem akuaponik dengan tenaga solar untuk memberi kuasa pam air telah melayakkannya untuk mendapat anugerah berprestij Shell LiveWIRE Top Ten Innovators Awards.