Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima anugerah sepanjang hayat

    Pelakon dan penerbit veteran Hollywood, Michael Douglas telah diberi penghormatan dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Satyajit Ray di Festival Filem Antarabangsa India ke-54 yang berakhir kelmarin.

    Pemenang Anugerah Akademi dua kali yang berusia 79 itu menyatakan dia ‘terharu’ dan dengan segala yang berlaku di dunia ini, festival itu memberikan ‘peringatan tentang keajaiban pembuatan filem’.

    “Dunia perfileman adalah salah satu medium yang mempunyai kuasa untuk menyatukan dan mengubah kita. Ia merentasi bahagian, sama ada geografi, bahasa, bangsa dan juga masa,” katanya dalam ucapan penerimaannya.

    “Hari ini, bahasa global kita melalui filem lebih bermakna daripada sebelumnya,” tambah Douglas.

    Sebagai salah satu industri filem tertua dan paling produktif di dunia, mengeluarkan kira-kira 1,500 filem setiap tahun, filem India menikmati pasaran domestik yang besar.

    Douglas berkata filem-filem India sedang menjangkau penonton global hasil daripada revolusi digital dan perkhidmatan penstriman.

    “Di negara mana pun awda berada, pembikinan filem yang baik biasanya mengenai sesuatu yang peribadi kepada negara awda dan kemudian menyedari bahawa ia mempunyai mesej antarabangsa. Semuanya terkandung di dalam bahan dan awda perlu membuatnya sendiri,” katanya. – AP

    Douglas bercakap dengan penerbit filem India, Shailendra Singh dalam satu sesi pada hari terakhir Festival Filem Antarabangsa India ke-54, di Goa, India, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda