Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terima kasih Enrique – Messi

    BARCELONA, 30 Mei – Lionel Messi memberikan penghormatan kepada bos Barcelona yang meletak jawatan, Luis Enrique (gambar) kelmarin ketika kelab Catalan itu bersedia menerima Ernesto Valverde sebagai jurulatih baru mereka.

    “Saya mengucapkan selamat berjaya dalam kehidupan anda seterusnya Luis Enrique,” kenyataan Messi menerusi laman Facebooknya bersama gambar kedua berpeluk selepas final Copa del Rey.

    “Terima kasih untuk semuanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.”

    Satu persembahan luar biasa dari Messi telah memberikan inspirasi kepada Barca untuk menjulan trofi kesembilan dalam tiga tahun kendalian Enrique dengan kemenangan 3-1 ke atas Alaves Sabtu lalu.

    Namun, kedua-duanya kadangkala tidak sependapat ketika Messi terlepas sesi latihan terbuka pada Januari 2015 dalam protes kerana ditempatkan di bangku simpanan oleh Enrique dalam kekalahan 1-0 di Real Sociedad.

    Barca telah mengumumkan mengenai sidang media dengan presiden kelab Josep Maria Bartomeu mengumumkan bekas jurulatih Athletic Bilbao, Valverde sebagai pengganti Enrique. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda